LOVE 1 ( PART3 )
Tuesday, December 20, 2011
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Assalamualaikum , lama tak jumpa kan . Im back (!) Nih adalah sambungan cerita LOVE 1( PART2 ) dan bagi sesiapa tak sempat baca . Ini permulaan cerita love ini LOVE 1# . Minta maaf sesangat sebab tersangat lambat untuk update blog . Well , you must know me better why im always late on time :D
Di dalam bilik , si gadis berfikir siapakah gerangan yang bakal dijodohkan itu . Hensem kah dia ? Hodohkan dia ?
Hari Ahad yang indah , angin bertiup kencang , pokok kelapa melambai lambai . Seperti biasa , abang dan adik keluar bersama-sama rakan-rakannya pada waktu petang . Tinggalkan mak dan si gadis di rumah . Masing-masing membuat hal sendiri . Dan ,
Mak : Akak , mari sini kejap . Mak ada hal nak cakap dengan kamu *muka serius
Si gadis : Apa dia mak , macam serius benar je .
Mak : Duduk sini jap , mak nak cakap sikit .
Si gadis : Yela mak , orang duduk .
Mak : Tadi siang ada orang datang rumah kita .
Si gadis : Oh yeke , cari siapa mak ?
Mak : Tak cari siapa-siapa pun . Diaorang datang merisik .
Si gadis : Merisik siapa mak ? Takkan lah keluarga perempuan merisik abang kot . Pelik je .
Mak : MashaAllah , merisik engkau lah anak oi . Bertuah punya anak .
Si gadis : Apa mak nih . Habis mak cakap apa ?
Mak : Mak ikut kau je . Mak tengok keluarga dia macam baik je .
Si gadis : Mak nih , tah siapa-siapa je . Taknak lah orang , tah tah keluarga je baik , tuan punya badan belum tentu baik .
Mak : Engkau ni nak , cepat betul prasangka tak baik . Mak nak yang terbaik je untuk kau .
Si gadis : Pape jela mak . Orang malas nak bahas pasal benda ni . Kalau jodoh itu nak datang , datanglah ia .
Semasa si gadis ingin masuk ke dalam bilik nya , dia sempat berfikir .
Si gadis : Kalau ada jodoh , yang baik itu mesti dari Allah .
Seminggu selepas risikkan itu . Si teruna menanyakan kepada Umi nya .
Si teruna : Umi , macamne merisik aritu ? Okay tak ?
Umi : Okay je . Abah kamu yang beria sangat macam dia pulak nak kahwin .
Si teruna : Umi , you know what , Iwan dah rasa macam dah lama sangat kenal dia . But almost 1month tapi tak kenal dia pun . HAHA . #okay nama teruna ni Awan . sO KonfIus .
Umi : Iwan , Umi doakan yang terbaik untuk Iwan .
Si teruna : Thanks Umi ! Umi , abah bagi tempoh berapa hari untuk dia bagi jawapan ?
Umi : Oh dua minggu je . Abah taknak dia fikir yang bukan-bukan . And Iwan pun boleh pikir masak-masak .
Si teruna : Umi , Iwan dah buat solat istiharah dah Umi . And definitely dia orangnya . Kalau jodoh yang baik itu untuk orang baik kan Umi
Umi : Yela Iwan . Eh , dah solat belum nih ? Cantik-cantik ni nak pergi mana ?
Si teruna : Dah Umi . Iwan nak keluar jumpa kawan-kawan orang .
Umi : Haa yelah . Hati-hati keluar tuh .
Si teruna : Okay Umi , love you . *sambil cium tangan Uminya .
Umi : Love you too son :D
T-O-BE-C-O-N-T-I-N-U-E .
Much Love
Amirah Karim :D
© 1234HI5